Pengenalan
Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi
yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak
1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di
dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi.
Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara
keseluruhannya paling sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang
suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai
bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by
Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap
yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf,
sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.
Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan
air batu
(Surah An-Nuur : 43)
Terjemahannya:
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah
mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya,
kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat
hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari
langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan
batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa
yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian
keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
Pembentukan hujan batu
Allah menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah
An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu.
Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di
dalam pembentukan kilat.
Hujan batu dihasilkan
dalam awan kumulonimbus (rajah 3) yang terkumpul menghasilkan titisan hujan
beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang
sangat sejuk, yang dipanggil’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan
tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila
embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais
dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat
untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan
batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula
ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar,
haba yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu
mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan
luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.
Rajah 1 : Bentuk hujan
air batu
Hujan batu kecil selalunya cair sebelum sampai
ke bumi. Bagaimanapun di dalam angin ribut yang kuat, hujan batu mungkin
menjadi cukup besar untuk jatuh ke bumi sebelum ia dapat cair sepenuhnya.
Menariknya mengenai hujan batu adalah ia hanya
terjadi ketika waktu paling panas dalam setahun – musim panas. Hujan air batu
lebih kerap terjadi di kawasan selain kawasan tropika walaupun kawasan tropika
mengalami kadar hujan lebat disertai kilat yang lebih tinggi, kerana atmosphere
di kawasan tropika lebih panas berbanding kawasan yang lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, kita boleh menyatakan bahawa
pembentukan hujan air batu telah dijelaskan lama lagi sebelum dapat dijelaskan
para saintis. Ayat Qur’an di atas menjelaskan melalui pembentukan awan,maka
datanglah hujan air batu. Kita,sebagai Muslim perlulah menjadikan Qur’an
sebagai bimbingan sepanjang masa.
Fakta menarik mengenai hujan batu
·
Kira-kira kerugian $1
billion U.S dollar di dalam bentuk tanaman dan harta benda disebabkan oleh hujan
air batu setiap tahun di Amerika Syarikat.
·
Hujan air batu di
Amerika Syarikat yang mengalami kerugian tertinggi adalah pada Mei 1995.
Jumlah kerosakan adalah $2 billion di mana dianggarkan $1.1 billion adalah
akibat kerosakan hujan air batu.
·
Hujan air batu terbesar
direkodkan jatuh di Coffeyville, Kansas pada 3 September 1976. Ia berukuran
kira-kira ukur lilit 17.5 inci ( diameter lebih 5.6 inci ) dan berat lebih dari
26 auns ( hampir 2 pound ).
·
Apabila dibelah dua,
hujan air batu mempunyai lapisan bulat seperti bawang, yang menunjukkan berapa
kali ia sampai ke bahagian atas ribut sebelum jatuh ke bumi.
·
Hujan air batu berlaku
pada musim panas.
·
Tempoh hujan air batu
jarang melebihi 15 minit.
·
Hujan batu jarang
berlaku di kawasan tropika kecuali di kawasan tinggi.
Rajah 2 : Pembentukan
hujan batu
Rajah 3 : Awan
Kumulonimbus.




No comments:
Post a Comment