Hati adalah organ istimewa dalam badan. Akal dan fikiran dikendalikan oleh seketul daging dalam badan manusia yang dikenali sebagai hati. Hati ibarat raja didalam sesebuah negeri. Hati adalah anggota tubuh manusia yang paling mulia. Hati terletak didalam dada, dilindungi oleh seluruh anggota tubuh sesuai dengan kedudukannya sebagai raja.
Hati tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi tindakan yang diambil dapat dilihat pada perlakuan seseorang seperti kesabaran, ilmu, keberanian, kemuliaan, cinta ,kehendak dan semua sifat sifat yang baik. Selain itu, hati jugak boleh melahirkan tindakan seperti marah, benci, dengki, sombong dan segala perbuatan yang mengingkari Allah. Semua anggota badan kite sama ada yang dapat dilihat ataupun yang tidak termasuklah segala kekuatannya adalah benteng kepada hati.
Hati boleh dibahagi kepada tiga :
1)Hati yang sihat.
Hati yang bersih ini bermaksud keinginan bagi mengelakkan diri melakukan perkara yang melanggar perintah Allah dan laranganya termasuklah perkara perkara yang meragukan. Ini bermakna hati yang bersih bebas daripada menjadi hamba kepada syaitan. Hati mereka ini sentiasa mengabdikan diri kepada Allah sama ada dalam bentuk harapan, cinta, taubat dan sebagainya.
2) Hati yang mati
Hati ni lawan bagi hati yang sihat. Ini bermaksud, org yang tidak mengenali Tuhan dan tidak pernah menyambah segala perintahnya. Mereka ini tidak disayangi dan tidak mendapat keredhaanya. Hati mereka dikuasai oleh hawa nafsu dan hanya menurut kehendaknya sahaja. Mereka xfikir sama ada kehendak dan tindakannya itu sebenarnya dilarang dan dimurkai Allah.
3) Hati yang sakit.
Hati sepeeti ini zahirnya hidup tetapi sebenarnya sakit. Dari luar nampak sihat tetapi didalam hati sudah teruk dan sukar untuk diubati. Pada mata kasar, hati memang mencintai Allah tetapi hakikat nya ia berlawanan. Keadaan hati seperti ini membawa kite kepada dua jalan. Jalan pertama mengajaknya kembali kepada Allah dan rasulnya serta akhirat. Jalan kedua mengajaknya kepada kemewahan di dunia. Kesimpulannya hati pertama adalah hati yang sihat, lembut dan penuh dengan kesedaran manakala hati yang kedua adalah hati yang kaku, kering dan layu.
"Pada hari kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda,
anak-pinak kecuali orang yang datang menghadap Allah
dengan hati yang sejahtera"
(surah as-syura, ayat 88-89)
sumber : dibapisces.blogspot

No comments:
Post a Comment